top of page

Pengerusi PH Kedah hadir Konvensyen Amanah, pelancaran Letak Kerja PRU 15



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul semalam hadir ke Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Kedah yang disekalikan dengan majlis Istiadat Letak Kerja Pilihanraya dan Komunikasi Amanah bertempat di Dewan Cenderawasih, Pendang.


Menurut Johari, konvesyen tersebut diadakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan datang


"Selain itu konvensyen juga membahaskan mengenai isu-isu yang membelenggu rakyat seperti kos sara hidup tinggi, kenaikan harga barang dan sebagainya.


"Dalam konvesyen ini diumumkan perlantikan dan ikrar bagi wakil-wakil setiap kawasan dan jentera Amanah," katanya.



Datuk Johari (baju biru) bertanyakan sesuatu kepada Datuk Mahfuz, pemimpin utama Amanah Kedah


Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar yang telah merasmikan konvesyen tersebut.


Juga Dr Ismail Salleh (ADUN Pengkalan Kundor dan Timbalan Pengerusi Amanah Kedah), Ustaz Rosli Yusof (Ketua Amanah Sungai Petani), Asmirul Anuar Aris (ADUN Kubang Rotan), Tan Kok Yew (ADUN Derga dan Pengerusi DAP Kedah), Karupaiya Mutusami (Ahli Parlimen Padang Serai) dan lain-lain pimpinan tempatan termasuk wakil daripada DAPSY.


Johari berharap dengan konvensyen itu maka kerjasama dalam PH akan meningkat menjelang pertempuran sengit menghadapi BN dan PN dalam PRU yang dijangka boleh berlaku pada bila bila masa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page