top of page

Pengerusi MPN: Rafizi pimpin Wilayah, Amirudin kepalai Selangor



Pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Selangor dimuktamadkan petang tadi dalam satu mesyuarat ketua ketua Cabang di kedua dua negeri yang dipengerusikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, mesyuarat bersetuju melantik Naib Presiden KEADILAN yang juga Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi MPN Selangor secara sebulat suara.


"Satu sesi mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN yang baharu.


"Dalam mesyuarat tersebut kesemua Ketua Cabang di Selangor telah bersetuju dengan pelantikan saudara Amirudin Shari sebagai Pengerusi MPN Selangor," katanya.


Manakala bagi Wilayah Persekutuan pula, menurut Anwar, mesyuarat bersetuju untuk melantik Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli sebagai Pengerusi MPN.


"Semua Ketua Cabang Wilayah Persekutuan bersetuju dengan pelantikan saudara Rafizi Ramli sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan.


"Saya percaya pelantikan-pelantikan ini akan dapat membantu KEADILAN mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15," kata Anwar lagi.


Selangor dan Wilayah Persekutuan merupakan 2 negeri awal melantik Pengerusi MPN dan akan diikuti negeri negeri lain selepas ini untuk melengkapkan hierarki kepimpinan peringkat negeri



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page