top of page

Pengeluaran i-Sinar: 'Pekerja tolong diri sendiri, kerajaan bantu ala kadar'



Pengeluaran i-sinar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 14 Mac tahun ini mencecah RM52.38 bilion, dikeluarkan kepada 5.94 juta pemohon dan RM32.74 bilion telah pun dikreditkan.


Menurut Penolong Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Hal Ehwal Hak-Hak Pekerja, Hassan Abdul Karim, pengeluaran i-sinar itu walaupun bermanfaat tetapi akan mengurangkan simpanan hari tua golongan pekerja, dan melambangkan bantuan ala kadar serta jauh daripada mencukupi yang mampu diberi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Wang berbilion ringgit adalah wang pekerja sendiri di dalam KWSP. RM52.48 bilion itu nanti akan menggerakkan ekonomi negara supaya lebih cergas dan pertumbuhan akan berlaku.


"Itu aspek yang positif. Tetapi semakin banyak wang KWSP dikeluarkan, semakin kurang simpanan pencen untuk pekerja tersebut bila tua nanti.


"Nampaknya pekerja tolong diri mereka sendiri lebih besar jumlah wangnya berbanding jumlah yang kerajaan keluarkan untuk tolong pekerja," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, kerajaan PN juga kurang berupaya membendung pembungan pekerja, yang pada 2020 menyaksikan 107,000 individu telah kehilangan pekerjaan.


"Seramai 107,000 individu kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 menerima bantuan daripada Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Perkeso dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM366.37 juta (tidak sampai setengah bilion)," katanya lagi yang mengungkapkan rasa syukur kerana setidak-tidaknya mereka dibela melalui skim insurans pekerja yang diperjuangkan oleh KEADILAN sejak beberapa tahun lalu.


Bagaimanapun, Hassan menegaskan nasib kaum pekerja Malaysia sekarang amat membimbangkan kerana menurut Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, setakat pada Februari 2021 terdapat 711,000 orang penganggur di negara ini.


Oleh itu, beliau menggesa kerajaan PN melakukan sesuatu bagi mengimbangi pengangguran dengan mencipta peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page