top of page

Pengecualian bayaran faedah moratorium 3 bulan hasil desakan PH



Pengumuman Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan setuju untuk tidak mengenakan bayaran faedah moratorium pinjaman bank selama 3 bulan kepada golongan B50 merupakan kemenangan bagi rakyat.


Menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), biar pun PM Ismail tidak mahu mengakui pengecualian kadar faedah itu cadangan PH namun pada umumnya memperolehi kemenangan selepas berbulan-bulan berjuang menuntut hal berkenaan.


"Majlis Presiden mengalu-alukan persetujuan PM kepada tuntutan PH bahawa bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan akan dikecualikan sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 1.7 Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PH dan Kerajaan.


"Walau bagaimanapun, kami kesal PM tidak mengiktiraf dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MoU yang ditandatangani oleh beliau sendiri bersama pimpinan utama PH pada 13 September lalu.


"Malah pengecualian ini digambarkan sebagai idea Kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksana dalam semangat menunaikan perkara-perkara yang terkandung di dalam MoU.


"Tanpa pengiktirafan peranan MoU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak Kerajaan untuk berpegang kepada semangat MoU ini, dan turut bercanggah dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang berasaskan fakta dan data agar segala perancangan dapat diusahakan bersama dengan perpaduan rakyat," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Menurut Majlis Presiden pada peringkat awalnya kerajaan enggan bersetuju dengan cadangan PH untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada para peminjam dari kelompok B50


Namun untuk memastikan dasar ini dapat dilaksanakan, pimpinan utama PH telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil bagi menerangkan keadaan sebenar kehidupan rakyat


"Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank-bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan PH disampaikan dengan jelas, PM telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.


"Pelaksanaan Perkara 1.7 MoU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat.


"PH akan terus memainkan peranan semak imbang serta tegas dalam membawa suara isi hati rakyat di dalam dan luar Parlimen demi menangani wabak Covid-19, mengatasi krisis ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page