top of page

Pengangguran anak muda tinggi, pekerjaan gig hanya untuk sementara waktu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22, 2022
  • 2 min read


Pengangguran tinggi dalam kalangan anak muda menyukarkan masa hadapan sosio-ekonomi Malaysia.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat, data terbaharu dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada bulan Jun 2022 menunjukkan kadar pengangguran anak muda Malaysia berumur 15 hingga 24 tahun telah mencecah 15.6% berbanding tahun 2021.


Katanya, kadar penggangguran malah memecahkan rekod tertinggi sejak tahun 1991, jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura dengan peningkatan penggangguran dalam 3 tahun kebelakangan begitu drastik dan mendadak.


"Anak muda kini menghadapi situasi yang sukar melihat kepada prospek masa depan pekerjaan tetap yang terjejas teruk dan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mencari wang segera melalui sektor ekonomi gig yang tidak mampan, disebabkan kekurangan peluang pekerjaan yang bermaruah.


"Kita harus menerima realiti sebenar bahawa pekerjaan ekonomi gig yang didominasi golongan muda sekarang bukan satu penyelesaian yang baik, apatah lagi sebagai pekerjaan bagi jangka masa panjang.


"Hal ini kerana pekerja ekonomi gig yang tidak memerlukan kemahiran tinggi menyebabkan pekerjaan mereka mudah diganti disebabkan pelbagai faktor, termasuklah perkembangan teknologi kecerdasan buatan dan tenaga kerja buruh yang lebih murah," katanya dalam satu kenyataan.


Pekerjaan ekonomi gig, menurut Wei Kiat, hanya penyelesaian jangka pendek bagi menjana pendapatan tambahan dalam kalangan anak muda


Pada jangka panjang, katanya, kerajaan harus melatih mereka secara giat agar dapat menguasai kemahiran yang mampu menjana lebih banyak pendapatan dan tidak mudah digantikan oleh mesin pintar.


Selain itu, katanya, Pertubuhan Buruh Antarabangsa turut memberi amaran anak muda sedang berada dalam krisis pekerjaaan disebabkan keperluan tenaga buruh atau pekerjaan yang ditawarkan tidak sejajar dengan minat mereka disebabkan oleh kerajaan pusat yang lebih menumpukan peluang pekerjaan berkemahiran rendah.


"Kekurangan peluang pekerjaaan yang berkualiti bagi graduan yang mempunyai kemahiran sederhana dan tinggi akan menyebabkan anak muda kita terpaksa bersaing dengan pekerja buruh asing yang bergaji rendah, dan secara tidak langsung menyebabkan produktiviti dan inovasi buruh negara merundum serta kualiti kehidupan rakyat Malaysia turut menurun," katanya.


Tegas ADUN Rawang itu, Kerajaan seharusnya mengambil langkah sewajarnya untuk membantu industri menjalani transformasi supaya secara pantas bertukar kepada teknologi baru, meningkatkan produktiviti dan mampu menawarkan peluang pekerjaan yang menarik serta bernilai tinggi kepada anak muda.


"Selain isu pengangguran, Kerajaan juga perlu sedar sebilangan lepasan SPM memilih untuk tidak menyambung pengajian.


"Oleh itu, kerajaan seharusnya mengambil tindakan drastik dan strategik untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ia membawa malapetaka kepada masa hadapan negara kita," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page