top of page

Pengampunan: Keputusan Agong muktamad atas dasar ihsan - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Razak adalah suatu perkara muktamad yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong.


Perdana Menteri mengakui bahawa memang tanggungjawab beliau membawa permohonan rayuan bekas Perdana Menteri itu ke Lembaga Pengampunan namun keputusan hanya dibuat oleh baginda.


"Perlembagaan itu tetap Agong bertindak dalam kebanyakan perkara atas nasihat PM, tetapi ada bidang (kuasa) dalam Perlembagaan di mana wewenang budi bicara sepenuhnya adalah Yang di-Pertuan Agong dalam Perkara 42(1).

"Itu Agong harus putuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan (baginda) muktamad. Pertimbangan besar bukan undang-undang, itu proses badan kehakiman sehingga ke Mahkamah Persekutuan.


"Pertimbangan utama (Lembaga Pengampunan) ialah soal ihsan, belas ihsan Agong sebagai mercu keihsanan, sama ada Agong pilih beri penjelasan atau tidak, itu wewenang Tuanku," katanya.


Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De' Seri Endon PUSPANITA PURI, Putrajaya hari ini.


Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Na'im Mohktar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Perdana Menteri berkata Lembaga Pengampunan harus memberikan pandangan berkaitan permohonan yang dikemukakan mana-mana tahanan berdasarkan Peraturan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000.


Anwar berkata permohonan rayuan itu tidak semestinya hanya boleh dibuat setelah minimum menjalani satu pertiga hukuman.


"Siapa saja kali pertama ikut prosesnya boleh mengemukakan rayuan, dan kes ini bila rayuan diumumkan, benar Perdana Menteri memastikan rayuan itu didengar. Jadi saya memang akui tanggungjawab itu.


"Tetapi mengapa Perdana Menteri ambil sikap untuk kemukakan cadangan rayuan daripada Najib Razak begitu awal? Saya kata sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan (bincangkan) jadi agenda 10, 9, 1 atas usul, supaya diberikan pertimbangan oleh Lembaga Pengampunan," ujar beliau.


Anwar berkata beliau telah hadir pada mesyuarat Lembaga Pengampunan pertama pada 9 Disember tahun lalu ketika masih bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan dan pada mesyurat berikutnya pada 29 Januari lalu disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page