Pengambilan tanah oleh kerajaan untuk diserahkan kepada pemaju swasta sebagaimana yang berlaku di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur merupakan duluan yang merbahaya sekiranya diterima pakai sebagai cara bertindak kerajaan.
Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dalam sidang medianya di Kampong Bharu tengah hari tadi.
Menurut Khalid, jika pengambilalihan ini selesai dengan jayanya maka tidak mustahil pemaju yang menghadapi kesukaran berunding dengan penduduk di kawasan lain akan meminta kerajaan mengambilalih tanah untuk mereka.
"Kalau kita benarkan ini (berlaku, ia) satu precedent (duluan) merbahaya. Mana mana pemaju kalau nak keluarkan penduduk, penduduk tak setuju, dia runding dengan kerajan guna Akta Pengambilan Tanah untuk pemaju. Ini tak munasabah," katanya.
Oleh itu, Khalid mengesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri meninjau ke bawah melihat cara 'anak anak buahnya' menjalankan tugas sebagai menteri.
Begitu juga, katanya, Menteri Wilayah pada era kerajaan Perikatan Nasional dan BN seharusnya membela penduduk bukannya berdiam diri.
"Saya nak merayu kepada PM Ismial Sabri dalam Keluarga Malaysia yang poster merata, tunjuk prihatin, campurtanganlah (dalam hal ini).
"Menteri Wilayah sama ada yang sebelum ini (PN), dua dua tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap penduduk. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu pun tidak menunaikan tanggungjawab kepada penduduk. Jadi kita minta PM sendiri terlibat
"Saya juga akan bentuk jawatankuasa dari para peguam yang akan kaji dari sudut undang undang apa tindakan yang boleh diambil untuk menghalang dan mencabar keputusan ini.
"Termasuk prosedur bagaimana surat minta keluar (pengusiran) itu dihasilkan dalam masa begitu singkat. Kita akan cuba membantu supaya pemilik diberikan hak mereka.
"Biar perundingan dijalankan secara biasa. Kita minta tarik semula warta (pengambilan tanah) ini. Biar pemaju runding dengan pemilik seperti biasa," katanya.
Khalid juga mempertikaikan di manakah kumpulan kumpulan pembela Melayu yang menyerang habis habisan kerajaan Pakatan Harapan ketika mahu membangunkan Kampong Bharu 2 tahun lalu, tetapi tidak timbul pada waktu rumah orang Melayu di Kampung Sungai Baru dirampas
Beliau juga kesal dengan pampasan yang diberikan dalam pengambilan paksa tersebut yang jauh lebih rendah daripada harga ditawarkan oleh kerajaan PH yang lalu.
"Kerajaan ambil dengan paksa, dan tawaran penduduk tak terima kerana nilai terlalu rnedah. Dulu kita tawar RM1,000 sekaki, kita dikutuk kata rendah, sekarang lagi rendah," katanya lagi.
Untuk rekod, penduduk sebelum ini mengadu pampasan untuk mengambilalih unit kediaman flat mereka hanya sekitar RM250,000 dan tidak memadai untuk membeli kediaman baharu sama ada di Kuala Lumpur atau Selangor.
Ok la tu RM250K.. bukannya ambik free