top of page

Pengambilalihan konsensi Menara KL tidak jejas pekerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 2
  • 1 min read


Kementerian Komunikasi memberi jaminan pengambilalihan konsesi melibatkan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tidak akan menjejaskan operasi dan pekerja di menara ikonik tersebut.


Kementerian itu menerusi menerusi soalan lazim (FAQ) mengenai konsesi pengurusan Menara KL memaklumkan pekerja sedia ada, yang berkhidmat dengan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), telah diberi jaminan oleh kerajaan untuk terus ditawarkan pekerjaan oleh syarikat pengurusan baharu iaitu LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) bermula 1 April 2025.


"Ia berdasarkan prinsip no less favourable dan perkara ini telah dimasukkan dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan LSHSM," menurut FAQ berkenaan yang dikeluarkan pada Isnin.


Kementerian tersebut sebelum ini menjelaskan, Menara Kuala Lumpur adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya membabitkan perubahan pengurusan dan operasi yang dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP), iaitu suatu tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta (PPP).


Pengambilalihan konsesi itu susulan kontrak pengurusan dan pengoperasian Menara KL oleh MKLSB berakhir pada 31 Mac 2025 melalui perjanjian interim lanjutan ke-5.


"Mulai 1 April 2025, Menara KL akan diuruskan oleh syarikat LSHSM yang telah terpilih melalui proses RFP iaitu sejenis tender terbuka," kata kementerian itu.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page