top of page

Penerangan Johor siap siaga gerak jentera PRN - Ysahrudin

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 27, 2022
  • 1 min read

ree

Biro Penerangan KEADILAN Johor bersiap sedia menggerakkan jentera untuk menggempur kubu kubu Umno dan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada bulan hadapan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Johor Ysahrudin Kusni, perkara itu dibincangkan secara spesifik bersama Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam Mesyuarat Biro Penerangan PRN Johor, semalam.


"Perbincangan hampir dua jam memfokuskan gerak kerja, strategi dan pengkajian maklumat serta menyampaikan maklumat kepada bakal pengundi, juga tak terkecuali kepada para anggota parti.


"Dihadiri rakan-rakan Biro Penerangan KEADILAN Johor, Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN serta Wanita juga wakil dari Pusat Khidmat Rakyat," katanya.


Ysahrudin turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota biro yang hadir meskipun notis kurang 24 jam diberikan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia selepas selesai mengadakan "retreat" Penerangan di Pulau Pinang pada 24 dan 25 Januari lalu.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page