top of page

Penempatan guru lepasan PISMP bermula September ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula melaksanakan penempatan guru baharu menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi sesi 2025, pada September depan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, seramai 5,256 orang dan semua graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) lepasan PISMP telah berjaya diberikan penempatan ke seluruh negara pada 30 September 2024.


"Bagi tahun 2025, penempatan guru baharu PISMP dijangka akan dilaksanakan pada bulan September dan tertakluk kepada keputusan temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Khamis.


Fadhlina sebelumnya menjawab soalan seorang Ahli Parlimen yang minta dinyatakan setakat mana peratusan siswa lepasan IPG dapat penempatan yang mereka mohon dan apakah ukuran yang diambil kira dalam proses penempatan mereka.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, proses penempatan akan memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman yang memerlukan tenaga pengajar berkualiti.

"Penempatan guru baharu ditentukan berdasarkan beberapa faktor termasuk pilihan negeri yang dikemukakan semasa proses pengemaskinian tempat-tempat yang ditawarkan. Kedua, penempatan mengikut lokaliti khususnya bagi calon dari Sabah dan Sarawak serta calon Orang Asli Penan, bagi membolehkan mereka berkhidmat berhampiran dengan kampung halaman dan menyokong pembangunan pendidikan luar bandar.


"Dan keputusan akhir penempatan adalah bergantung sepenuhnya kepada kekosongan jawatan sebenar serta keperluan option semasa mengikut keutamaan pendidikan," tambahnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page