top of page

Penduduk Kg Koskan Tambahan boleh ditawar rumah Selangorku

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 30, 2023
  • 1 min read


Penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah yang diusir pihak pemaju dan gagal dalam permohonan tapak tanah baharu mungkin akan ditawarkan rumah mampu milik di bawah Kerajaan Negeri.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Shah Alam, semalam.


Menurut beliau, Kerajaan Negeri tidak boleh meluluskan permohonan tanah gantian penduduk kampung tersebut kerana tapaknya berada di rizab sungai.


Manakala tanah yang mereka duduki pada waktu ini telah mendapat hak milik pada 21 Jun 1890 iaitu 133 tahun lalu tetapi telah dijual pemilik asal kepada pemaju Panca Resmi Sdn Bhd pada 1991.


"Tanah tersebut menjadi hak milik sejak 1890, bermana telah lebih 130 tahun menjadi hak milik. Permohnan mereka di tempat lain ditolak. Saya dimaklumkan ia di tapak rizab sungai yang tidak boleh kita berikan.


"Menurut kenyataan Pejabat Tanah negeri Selangor ada penduduk telah menerima ganti rugi yang ditawarkan. Ada sebahagian penduduk yang tidak menerima.


"Sebahagian terima dan sebahagian tidak, jadi mereka perlu bersatu hati. Dari pihak Kerajaan Negeri kita jadi perantara," katanya.


Ditanya mengenai pampasan yang diberikan pihak pemaju untuk penduduk berpindah, Amirudin tidak pasti jumlahnya.


Bagaimanapun, kata beliau, Kerajaan Negeri akan cuba membantu penduduk yang diusir tersebut dengan menawarkan rumah Selangorku dan sebarang cara lain difikirkan sesuai.


"Kerajaan Negeri mungkin boleh tawarkan rumah Selangorku dan sebagainya, rumah mampu milik kepada mereka.


"Kita kena bergantung dengan fakta," katanya lagi.


Khamis lalu, satu memorandum diserahkan oleh penduduk terlibat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi memohon campur tangan kerajaan negeri.


Ia susulan 12 keluarga peneroka Kampung Koskan Tambahan mendakwa bakal kehilangan tempat tinggal selepas menerima notis pengusiran, 18 April lalu.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page