Penduduk alami rumah retak di Bayu Damai akan diperjuangkan



Calon DUN Tanjung Surat, Rosman Tahir akan memperjuangkan nasib penduduk di Taman Bayu Damai yang mengalami rumah retak dan mendap sejak sedekad lalu.


Hal itu ditegaskan oleh Rosman dalam lawatan bersama Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, petang semalam.


Dalam lawatan itu, Shamsul yang juga seorang peguam diberi sedikit taklimat mengenai kerosakan rumah penduduk yang tidak dibela sejak 2014.


Beliau juga ditunjukkan rekahan dinding mencecah 5 - 7 sentimeter lebar dan membahayakan struktur rumah serta penghuni di dalamnya.


Menurut Rosman pula, pasukan perunding telah dipanggil untuk mengkaji dan memutuskan keadaan struktur di situ. Laporan daripada pakar kelak akan menentukan bentuk tindakan yang akan diambil penduduk seterusnya.


KEADILAN akan memperjuangkan nasib penduduk Bayu Damai sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER