top of page

Pendidikan tekankan nilai manusiawi menuju negara Madani



Pendidikan perlu menekankan aspek manusiawi agar rakyat yang terlahir daripada sistem itu benar benar mengetahui nilai murni, tidak hanya kaya dan berjaya tetapi kosong hati nurani.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahasiswa yang lahir daripada pendidikan nilai manusiawi akan mudah membentuk Malaysia Madani yang diperjuangkan Kerajaan Perpaduan.


"Kalau ini tradisi kita, boleh bezakan dengan pikiran picisan, perkauman sempit, yang menyempitkan nilai kemanusiaan menghina orang kerana kaum, berbeza dengan nilai kemanusiaan (universal)


"Kekal dengan akidah Islam sebagai deen yang kamil tetapi tidak merendahkan darjat orang. Orang tertarik dengan Islam itu kerana kekuatannya dengan akhlak, dengan penyelesaian universal, manusiawi atau mengekalkan prinsip ihsan.


"Ini dia Madani bagi saya. Madani ini beza dengan slogan biasa kerana teras dia keyakinan, nilai. Bincang kemampanan tidak relevan kalau hilang nilai. Pacu pertumbuhan tetapi nilai kemanusiaan perlu menjadi teras.


"Boleh untung bilion tetapi pekerja gaji seribu sebulan. Itu bukan kemampanan. Apa erti gedung hebat tetapi yang kita lahirkan manusia sombong. Di luar ada kelompok paling miskin, ada diskiriminasi tidak beri kesan kepada kita, maknanya pendidikan itu tanpa ihsan," kata Anwar dalam majlis Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Pelajar Tajaan JPA di IPT @ UKM Bangi, petang semalam.


Sebelum itu, beliau membawakan isu pertembungan Barat dan Islam dengan mengupas sarjana Islam Azhar dan tokoh pemikir di Nusantara yang mana lebih condong ke Barat semata mata untuk maju.


Anwar sebaliknya memuji pemikir Islam Muhamad al Ghazali yang kemudiannya menjawab dalam bukunya, permulaan untuk menjadi maju itu adalah dengan mencari ilmu, berfikiran kritis dan kekal mengamalkan nilai Islam atau Timur tanpa perlu berkiblat ke Barat.


Anwar juga membawakan senario pendidikan terkini dan dunia yang berkembang pantas diasak arus teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 seperti kecedasan buatan (AI) dan tsunami digital.


"Ada anjakan terlalu pantas dari kebergantungan kepada minyak dan gas kepada teknologi digital. Perobahan itu terlalu pantas sehingga mencabar dunia pendidikan dan ilmu. Ini yang menyebabkan munculnya zaman pasca normal.


"Dia (pasca normal) bergerak pelbagai lapangan, nak hadapi masalah inflasi, imigrasi, keselamatan siber, perang saudara, semua itu berlaku dalam masa yang sama.


"Jadi ia memerlukan satu kecerdasan luar biasa, disiplin ilmu dan pendekatan (formula) yang lama tidak mungkin tergapai (selesaikan masalah)," katanya lagi.


Justeru, pesan Anwar kepada mahasiswa, bila mana AI banyak mengantikan fungsi berfikir manusia pada waktu itulah pentingnya kekuatan akidah dan akhlak serta nilai, kerana fakor itu tiada dalam AI.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page