top of page

Pendidikan politik di sekolah: Sambung semula model NEM - Dr Maszlee


Oleh: Abdullah Zaid


Terpesongnya anak muda, terutama Melayu luar bandar ke arah fitnah pembangkang sehingga menyemai budaya ketaksuban dalam kalangan mereka seharusnya ditangani segera.


Dalam hal ini, mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (2018 - 2019) berpendapat, anak muda terutamanya pengundi 18 perlu diberi pendedahan pengetahuan politik sejak di bangku sekolah menengah bagi memastikan mereka boleh berfikir dengan betul dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin negara.


Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan menyambung semula kerangka dasar yang dibuat oleh kementerian itu sejak 2019 lalu menerusi laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara.


Katanya, kerajaan sudah pun mempunyai Model Pendidikan Baharu (NEM) yang boleh dijadikan panduan untuk memantapkan anak muda dari segi pendidikan politik dan pengisian sivik.


"Bila kita gubal Undi18 (sebenarnya) ia bersekali dengan laporan Jawatankuasa Kajian Dasar bagi merombak sistem pendidikan yang sedia ada ketika itu.


"Dalam komponen tersebut, pembelajaran kritis politik dan sivik dipakejkan sekali dalam Model Pendidikan Baharu itu.


"Oleh itu, KPM tidak perlu membuat rombakan, sebaliknya menggunakan apa yang ada dalam modul tersebut (bagi pendidikan politik)," katanya ketika dihubungi.


Untuk rekod, Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang dianggotai 11 orang ahli telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan dasar tersebut pada 24 Jun 2019.


Namun, pelan pembangunan itu tidak diteruskan apabila Datuk Dr Radzi Jidin menjadi Menteri Pendidikan yang baharu apabila kerajaan bertukar tangan pada 1 Mac 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page