top of page

Pendidikan percuma golongan miskin diutamakan mulai tahun depan — PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

DS Anwar bersama para belia dan mahasiswa di Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya 2025, semalam
DS Anwar bersama para belia dan mahasiswa di Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya 2025, semalam

Kerajaan MADANI membuktikan iltizamnya terhadap kesejahteraan rakyat dengan terus mengutamakan pendidikan, biarpun berdepan cabaran hutang negara yang besar.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mulai tahun hadapan kerajaan akan menyediakan pendidikan percuma untuk peringkat prasekolah sehingga universiti kepada rakyat golongan termiskin.

"Ini adalah langkah awal di bawah agenda Malaysia Madani yang tidak pernah difikirkan oleh kerajaan terdahulu bagi memastikan setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang, mendapat peluang pendidikan yang adil dan menyeluruh.


"Bagi kita, pendidikan adalah jawapan terbaik (keluar dari kemiskinan). Mobiliti sosial datang melalui pendidikan. Kalau Malaysia ada kejayaan besar, ialah kerana kelompok paling miskin di bandar, desa dan pedalaman diberi ruang untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian menerusi ucapan Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.


Menerusi ucapan sama, Anwar menzahirkan keyakinan bahawa generasi muda Malaysia mampu menjadi harapan baharu negara berasaskan nilai etika, kemanusiaan dan keadilan.


Bagaimanapun beliau mengingatkan anak muda agar tidak melupakan asal-usul serta budaya sendiri apabila mencapai kejayaan, dengan mengambil iktibar daripada kisah lagenda Si Tanggang.


"Saya yakin generasi muda mampu memberi harapan baharu kepada negara. Tugas kami ialah menyediakan peluang agar anda membina masa depan berlandaskan prinsip kebenaran, keadilan dan kasih kepada manusia," ujarnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page