top of page

Pendidikan anak Orang Asli jadi keutamaan Suhaizan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 2, 2023
  • 1 min read


Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai bertekad akan meneruskan bantuan bakul Rahmah kepada masyarakat Orang Asli Kampung Temun.


Suhaizan Kaiat berkata, selain legasi kebajikan dilakukan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, beliau turut berjanji akan melaksana beberapa perancangan pembangunan sekiranya diberi mandat mewakili rakyat Pulai.


"Antaranya termasuk kemudahan lampu pada waktu malam dan pembinaan tempat berteduh, pembaikan jeti bagi memudahkan mereka menaikkan tangkapan laut," katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Orang Asli Sungai Temun dalam siri kempennya.


Bekas Speaker DUN Johor itu turut berkata, isu pendidikan kepada anak Orang Asli antara keutamaanya. Ia adalah usaha penting bagi memastikan generasi komuniti ini tidak ketinggalan.


"Dari segi pendidikan anak mesti diberi motivasi pendidikan dan insentif untuk merangsang mereka pergi ke sekolah dalam menjamin masa depan lebih baik.


"Ini mengambil kira kedudukan kawasan ini yang terpinggir dari bandar dan jauh dari sekolah. Jadi perlu ada sesuatu dibuat untuk memberi semangat kepada anak-anak ini untuk ke sekolah," ujarnya.


PRK dijadualkan berlangsung pada 9 September ini menyaksikan pertembungan antara Suhaizan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page