top of page

Pendidikan anak golongan B40 terabai sewaktu PKP?


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan kesungguhkan kerajaan Melayu Perikatan Nasional menangani isu pendidikan anak-anak golongan B40 yang rata-ratanya kaum Melayu. Menurut beliau, sepanjang program ziarah di kawasannya sepanjang perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) rungutan yang sering didengari berhubung isu pendidikan, sementelah sekolah masih tidak dibenarkan beroperasi. Kata Fahmi, inisiatif kerajaan mewujudkan pembelajaran dalam talian (e-learning) bukanlah jalan penyelesaian, terutama kepada keluarga yang berpendapatan rendah. "Seperti semua sedia maklum, sejak PKP dilaksana bermula 18 Mac, semua sekolah rendah, menengah malah juga IPT ditutup. Pada 15 April, hampir sebulan selepas PKP dilaksana, baru Menteri Kanan Pendidikan keluar memberi makluman berkenaan isu ujian seperti UPSR, PT3 dan SPM. "Jawapan kerajaan kepada masalah pendidikan dalam era kebiasaan baharu ini ialah e-pendidikan (e-learning) atau e-kuliah. Tetapi di sini kesenjangan akses buat kumpulan B40 cukup menghimpit. "Rata-rata keluarga yang saya santuni, yang punyai anak sepatutnya bersekolah mengeluh: “YB faham lah, kami takda internet. Hanfon pun satu je. Printer tak ada. Macam mana anak nak buat apa yang cikgu mintak?” kata Fahmi dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau. Menurut Fahmi lagi, biar pun kerajaan menyediakan pakej internet percuma buat keluarga B40 namun banyak yang masih tidak faham atau maklum proses untuk mendapatkannya. "Sebelum ini ada diumumkan sim card percuma untuk B40, tapi saya lihat ramai yang tak tahu macam mana nak mohon. Tak sampai maklumat kepada mereka. "Kerajaan hari ini ada seorang Menteri Kanan Pendidikan dan dua (ya, dua) Timbalan Menteri Pendidikan. Kementerian Pendidikan pula antara kementerian yang paling besar bajet tahunannya. Bagi saya, isu e-learning ini wajib diselesaikan segera. Bukan tunggu satu setengah bulan, dan jawab “Tonton Okey TV” sahaja - ini bukan pendidikan namanya!" sinis Fahmi Beliau mendesak menteri dan timbalan-timbalan Menteri lebih bertanggungjawab terhadap masa hadapan pendidikan anak-anak bangsa serta segera lakukan sesuatu sebelum terambat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page