top of page

Pendekatan kerja secara senyap, perancangan jangka panjang Nurul Izzah dipuji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 6
  • 2 min read

Pendekatan Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar mungkin berbeza daripada pendahulunya yang banyak mengumumkan sesuatu dalam ceramah.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Sungai Siput, Novinthen Krishnan (gambar), beliau memuji pendekatan dan gerak kerja Nurul Izzah yang tidak banyak bercakap tetapi penuh perancangan jangka panjang, khusus buat komuniti India.


"Apa yang kita perlukan hari ini bukan lagi suara yang kuat di pentas ceramah, tetapi tindakan senyap yang menghasilkan keputusan nyata," katanya dipetik MalaysiaGazette.


Novinthen memberi contoh masyarakat India di kawasannya yang tidak banyak berubah selepas beliau melakukan lawatan ke beberapa ladang dan kampung baru baru ini.


Katanya, paling menyedihkan ialah apabila keluarga tidak mampu menyediakan tambang bas sekolah sehingga anak-anak terpaksa ponteng berhari-hari.


"Ada ibu tunggal yang tidak boleh keluar bekerja kerana terpaksa menjaga anak kecil, tiada pengangkutan awam, dan terlalu bergantung pada bantuan yang tidak menentu. Ini bukan lagi cerita luar biasa, tetapi sudah menjadi realiti harian," katanya.


Kanak kanak pula, kata beliau kelaparan apabila bersekolah kerana kekurangan wang saku untuk berbelanja di kantin.


"Apabila satu sekolah Tamil ambil inisiatif sediakan sarapan setiap pagi, kehadiran murid dari keluarga miskin meningkat ketara. Ini membuktikan perkara kecil seperti makanan pun boleh jadi pemangkin kepada perubahan besar," ujarnya.


Manakala isu belia, kata beliau, ialah kekurangan latihan kemahiran, oleh itu beliau menyokong penuh pendekatan Nurul Izzah yang lebih fokus kepada penyusunan dasar jangka panjang.


Hal itu termasuklah kerjasama dengan Yayasan Iltizam Malaysia, Sustainable Initiative for Community Change (SICC), ahli ekonomi dan NGO.


Begitu juga perniagaan bentuk baharu di media sosial yang boleh dijalankan dari rumah, katanya, masyarakat India perlukan kemahiran sedemikian.


"Masyarakat India dah letih dengan janji politik. Kita perlukan tindakan, bukan persepsi. Dan itulah yang sedang diusahakan oleh Nurul Izzah bukan sekadar membuat kenyataan tapi membina pelan tindakan yang konkrit.


"Antara usaha yang diyakini mampu membawa perubahan termasuk cadangan penubuhan 40 makmal komuniti untuk wanita dan belia India dalam tempoh lima tahun yang mana inisiatif ini tidak melupakan keperluan ibu tunggal yang memerlukan fleksibiliti masa bekerja.


"Bayangkan jika mereka boleh jana pendapatan dari rumah dengan bantuan latihan dan platform digital seperti media sosial. Ramai syarikat hari ini perlukan hos siaran langsung dan pencipta kandungan kita perlu latih dan buka jalan," katanya lagi.


Beliau turut menyarankan agar konsep perusahaan mikro seperti jahitan, pembungkusan dan perkhidmatan sokongan dihidupkan semula sebagai kaedah menjana pendapatan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan tunai.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page