Pendedahan Hamid Bador: Polis mesti siasat segera, Muhyiddin perlu nyatakan pendirian


Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador baru-baru ini menggoncang institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Oleh itu, bagi Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pihak polis dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus memperbaiki maruah dan integriti PDRM bagi memulihkan kepercayaan rakyat.


Untuk tujuan berkenaan, Ahli-ahli Parlimen PH pagi tadi membuat laporan polis berhubung 3 kenyataan Hamid yang dianggap serius dan menggugat integriti PDRM.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, PDRM perlu menyiasat kesemua laporan polis yang dibuat mereka bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti.


"Hari ini saya bersama rakan-rakan YB Teresa Kok, YB Dr Tan Yee Kew, YB Maria Chin dan YB Datuk Dr Hatta Ramli, kami telah membuat laporan polis setiap seorang satu, berkenaan sidang media yang dibuat oleh mantan Ketua Polis Negara (KPN) Hamid Bador, pada 30 April.


"Di mana dalam sidang media itu beliau menyatakan perkara yang bagi kami amat mengejutkan. Jadi kami mohon pihak polis melakukan beberapa siasatan khusus berkenaan hal itu," katanya.


Fahmi juga membacakan petikan ayat-ayat yang diucapkan Hamid yang menjadi teras kepada laporan mereka.


Pertama, "apabila berlaku perubahan kerajaan beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, sejak awal lagi dalam mesyuarat pertama Suruhanjaya Pasukan Polis beliau mendesak untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan siapa yang mahu ditempatkan di sana, di sini, di situ. Itu tidak baik"


Kedua, "saya melawan rasuah dalam pasukan dan lihat dalam politik rasuah berlaku merata-rata tempat. Mabuk kuasa. Sekejap 'katak' melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu? Rasuah"


Bagi Fahmi, polis perlu mengenalpasti siapakah yang dimaksudkan oleh Hamid dalam sidang media beliau sebelum ini. Selain itu, PH juga katanya, mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian mengenai pendedahan berkenaan.


"Kami memohon pihak polis untuk segera melakukan siasatan mengenal pasti siapakah yang dimaksudkan oleh Hamid dan sama ada perkara itu benar-benar berlaku. Termasuk juga dakwaan terdapat individu naik jet peribadi pergi ke Sabah. Selepas itu berlaku lompat katak di kalangan ahli politik di sana.


"Kami melihat ini adalah satu perkara yang amat serius. Luahan mantan KPN ini tidak boleh diambil sambil lewa. Juga PM Muhyiddin Yassin perlu segera menyatakan pendirian beliau.


"Beliau saya lihat tidak mahu bercakap banyak. Tetapi dalam isu ni KPN telah menyuarakan sesuatu yang sangat serius dan dalam sidang media itu Hamid juga berkata telah membawa perkara ini kepada PM.


"Jadi kami minta PM memberikan penjelasan adakah benar Hamid telah bertemu beliau (PM) dan apakah tindakan yang akan beliau ambil mengenai individu yang dimaksudkan," katanya lagi.


Tegas Fahmi, jika tidak ada apa-apa kenyataan atau tindakan maka bagi PH hal itu adalah satu penganiayaan terhadap PDRM


Sedangkan, katanya, bekas KPM telah berusaha menambah baik PDRM dan banyak lagi yang perlu dilakukan, seperti yang ditegaskan oleh Hamid Bador.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER