Pendakwaan rasuah ke atas bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (MB) Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Muhamad Sobri Osman membuktikan petadbiran dikemudi oleh MB Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor tidak sesuci yang diuar uarkan.
Semalam Mohamad Hilmi didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 membabitkan unsur nadir bumi (REE), manakala Muhamad Sobri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta rasuah RM4 juta membabitkan kegiatan perlombongan REE pada Mei lalu. Beliau turut didakwa menerima wang tunai RM1juta.
Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, dua pendakwaan tersebut sudah cukup menggugat pentadbiran MB Sanusi terbelit dengan korupsi.
"Kedua-dua individu yang pernah menjadi pegawai tertinggi MB Kedah telah didakwa untuk kes berkaitan REE yang sebelum ini pernah dibongkar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
"Adakah dua individu ini hanya 'kambing hitam' bagi melindungi 'jerung besar'?
"Apa pun pendakwaan ini telah mencemarkan pentadbiran kerajaan Pas Kedah yang dikatakan sebagai 'pentadbiran Islam' yang sepatutnya menjadi contoh kepada satu pentadbiran yang bersih.
"Isu ini sekaligus semakin merosakkan reputasi Perikatan Nasional sebagai gabungan bersama parti Bersatu," kata Razeef dalam kenyataan hari ini.
Oleh itu, kata beliau tidak mengejutkan apabila Bersatu mula menyindir Pas yang yang menjadi rakan baiknya selama ini.
Hal itu, ujar Razeef, mungkin permulaan kepada tuduh menuduh yang lebih serius pihak mana yang lebih 'tepu' antara Bersatu dan Pas berikutan masing masing parti mempunyai rekod pendakwaan rasuah.
"Bagi saya mungkin ini antara sebab mengapa Muhyiddin mula lantang menegur serta menghina Pas secara terbuka termasuk mendakwa Pas sebagai parti 'tepu' yang hanya menang lebih kerusi dengan bantuan Bersatu.
"Perkara ini tidak akan berbangkit jika Pas tidak bertindak seperti 'abang besar' dalam Perikatan Nasional. Beberapa pemimpin Bersatu juga dilihat mula menjauhkan diri dari Pas.
"Kenyataan Bersatu itu dilihat ada logiknya memandangkan kebanyakan kerusi yang dimenangi Pas hanya menang dengan majoriti yang sangat tipis. Ini bermakna Pas akan kehilangan lebih banyak kerusi tanpa ihsan Bersatu dan kenyataan Muhyiddin seolah menunjukkan Pas tidaklah sekuat yang disangka," katanya lagi.
BARU TUDUHAN..............OTAK ADA TOLONG BERFIKIRLAH.....................