top of page

Pendaftaran parti Muda ditolak satu campur tangan politik, serangan terhadap demokrasi

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Aug 13, 2021
  • 1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Menteri Dalam Negeri menolak rayuan pendaftaran Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) adalah kerana campur tangan politik.


Presiden KEADILAN itu berkata, di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang tidak sah, negara telah melihat penurunan amalan demokrasi yang ketara termasuk penggantungan Parlimen.


"Kegagalan untuk memberikan proses wajar terhadap parti MUDA adalah sekadar satu lagi serangan terhadap demokrasi Malaysia oleh pemerintah yang telah menunjukkan keinginan untuk melanggar semua norma dan etika Perlembagaan untuk terus berkuasa.


"Saya meminta Menteri Dalam Negeri untuk menyemak semula permohonan MUDA dengan adil dan objektif berdasarkan peraturan Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page