top of page

Pendaftaran mengundi aplikasi ADIL dilanjutkan hingga 21 April

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 8, 2022
1 min read


Pendaftaran mengundi secara atas talian bagi Pemilihan KEADILAN 2022 yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan sehingga 21 April 2022.


Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN, Dr Zaliha Mustapa.


Menurut beliau, tarikh tersebut dilanjutkan bagi memberi peluang lebih luas kepada anggota KEADILAN untuk mendaftar.


"Tarikh akhir mengemaskini dan proses verifikasi maklumat daftar keanggotaan di aplikasi ADIL kini dilanjutkan dari 8 April ke 21 April 2022


"Namun bakal calon, pencadang dan penyokong wajib mendaftar di aplikasi ADIL. Proses pencalonan yang akan berlangsung dari 8 April hingga 11 April 2022 ini," katanya.


Dilaporkan pendaftaran masih tidak memuaskan kerana kurang daripada 50% anggota berdaftar mengemaskini maklumat melalui aplikasi ADIL. Perlanjutan tempoh itu diharap akan meningkatkan jumlah pendaftaran dan mengambil bahagian mengundi pada pada Pemilihan bulan Mei ini.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page