top of page

Penculikan Presiden Venezuela: Tindakan AS tidak bertamadun - Mohamad Sabu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
ree

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam keras tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Caracas, Venezuela yang membawa kepada penculikan Presiden Nicolas Maduro dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan yang tidak bertamadun.


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (gambar) berkata, tindakan tersebut merupakan pencabulan serius terhadap kedaulatan sesebuah negara berdaulat dan jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"Tindakan ini merupakan satu tindakan pencabulan terhadap kedaulatan sesebuah negara malah bertentangan dengan Piagam PBB," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, pencerobohan itu turut memperlihatkan sikap Amerika Syarikat yang mengamalkan pendekatan “Barbaric” dan bertentangan dengan norma antarabangsa.


Sehubungan itu, Mohamad menyeru masyarakat antarabangsa agar bangkit mengutuk tindakan pencabulan kedaulatan Venezuela bagi memastikan kuasa besar dan sekutunya tidak sewenang-wenangnya campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.


"AMANAH menyeru masyarakat dunia untuk mengutuk pencabulan kedaulatan ini bagi memastikan Amerika Syarikat dan sekutunya tidak lagi sewenang-wenangnya mencabuli kedaulatan negara lain," katanya.


Beliau turut menegaskan solidariti AMANAH bersama rakyat Venezuela dalam menentang sebarang bentuk imperialisme dan campur tangan asing.


"AMANAH juga bersolidariti bersama-sama rakyat Venezuela dalam menentang sebarang bentuk imperialisme oleh Amerika Syarikat terhadap negara tersebut," katanya.


AS melancarkan operasi melumpuhkan sistem pertahanan udara Venezuela semalam, serentak itu helikopter pasukan komando Delta Force menyerbu ke kediaman rasmi Maduro dan menculik presiden terbabit.


Terbaharu, AS dilaporkan menerbangkan Maduro ke New York untuk dibicarakan berhubung tuduhan penyeludupan dadah ke AS.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page