top of page

'Pencarum KWSP bukan sampah, tolong luluskan RM10,000'



Ketiadaan wakil Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerima memorandum para pencarum KWSP menimbulkan rasa terkilan dalam kalangan pencarum yang berdemonstrasi di luar kawasan Parlimen, pagi tadi.


Menurut wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu dikenali sebagai Kak Jah, sikap tidak pedulikan suara rakyat oleh pemimpin kerajaan itu amat tidak wajar kerana mereka yang sama minggu lepas baru sahaja merayu undi dan menabur janji memberi perkhidmatan terbaik dalam pilihan raya di Johor.


"Saya dari PPIM. Saya kecewa sangat sangat, kami mahu menghantar memorandum kepada PM dan juga Tan Sri Muhyiddin tetapi tak ada wakil nak serahkan memo. Kami dapat malumat mereka ada urusan. Kami harap mereka peka dengan perkara ini kerana mereka naik pun kerana rakyat.


"Jadi saya harap .... pencarum bukan sampah. Datanglah kepada kami dan tolonglah yang ada di Parlimen. Tolonglah Tengku Zafrul, luluskan RM10,000 yang diminta oleh pencarum yang ada.


"Ini duit rakyat bukan kerajaan, tolong pulangkan. Ramai rakyat menderita akibat kekangan hidup," katanya.


Manakala wakil pencarum dari Sabah, Mohamad Zulfikar pula berkata, alasan kerajaan kononnya pencarum tidak lagi mempunyai wang sekiranya mengeluarkan RM10,000 tidak benar.


Katanya, pencarum yang telah lama bekerja mempunyai caruman yang banyak.


"Saya menuntut RM10k dan saya minta PM Ismail Sabri dan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan menyokong tuntutan kami.

Mohd Zulfikar

"KWSP banyak, saya ada lebih RM100,000. Kalau saya keluarkan RM10,000 memang tak luak.


"Yang kerajaan cakap banyak pencarum (simpanan) bawah RM10,000 itu budak budak baru masuk kerja. Tetapi bagi kami dah umur 30 - 40an mustahil ada bawah RM10,000," katanya


Tambah beliau, wang RM10,000 itu amat diperlukan terutama untuk persiapan anak masuk sekolah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Kassim

Sementara itu, seorang pekerja di sektor pelancongan yang mahu dikenali sebagai Kassim dan kehilangan kerja akibat kemelesetan ekonomi merayu agar dibenar mengeluarkan simpanan kerana kesempitan hidup ketika ini.


"Saya nak cuba dapatkan duit KWSP, hak sendiri untuk kelangsungan hidup.


"Segala usaha saya dah buat. Cari kerja, berniaga semua tak boleh maklumlah Covid, semua terjejas. Inilah ikhtiar


"Simpanan saya ada dalam KWSP. Bila interview kebanyakannya mereka (yang mahu keluar) umur 35 - 37. Macam saya dekat 50an pun tak dapat," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page