top of page

Penasihat Ekonomi Selangor: Anwar dibayar RM1, bukan RM15 juta - Setiausaha MB Selangor



Fitnah yang diulang ulang kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dibayar RM15 juta sewaktu menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dinafikan sekeras kerasnya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli.


Menurut Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati itu, sebaliknya Anwar hanya dibayar simbolik RM1 untuk perkhidmatannya, dan bukan sebagaimana ditohmah oleh Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Yassin, baru baru ini.


"Saya ingin merujuk kepada ucapan Tan Sri Mahiaddin, Pengerusi Perikatan Nasional dalam ceramah kempen P017 Padang Serai yang mendakwa Datuk Seri Anwar telah menerima bayaran RM15 juta semasa menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.


"Dakwaan ini sekadar pengulangan fitnah yang telah dinafikan berulangkali, termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Negeri Selangor.


"Semasa tempoh Datuk Seri Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun. (Mengikut rekod) gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan. Beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Malaysia itu, semua hal berkaitan perkhidmatan Anwar kepada kerajaan Selangor telah pun menjadi dokumen rasmi berdasarkan Hansard Dewan Negeri menerusi jawapan kepada soalan oleh Ahli Dewan Negeri dan boleh diakses di laman web rasmi kerajaan.


"Dengan mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakkan dan kemuflisan modal politik Perikatan Nasional dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk Kerajaan Persekutuan.


"Tindakan menabur fitnah serta dakwaan palsu bagi mengaburi fikiran rakyat sangat tidak bertanggungjawab dan jelas terkeluar dari nilai politik Melayu-Islam yang selalu mereka dendangkan. Saya yakin pengundi Padang Serai wajar menolak PN dalam pilihan raya hari ini kerana masih menagih undi dengan fitnah dan rekaan," katanya lagi.


Juwairiya juga mencadangkan agar pihak Perdana Menteri mengambil tindakan lanjutnya bagi menghalang pengulangan fitnah tersebut agar tidak terus dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berertika dalam berpolitik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page