top of page

Penasihat 1MDB gaji RM30k tanpa hadir mesyuarat: 'Pembaziran mega wang rakyat'



Pendedahan di mahkamah oleh bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa beliau dibayar RM30,000 sebulan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi tidak pernah dipanggil bermesyuarat amat mengejutkan rakyat.


Bagi aktivis KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, pelantikan Sidek itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi beliau mengaku tidak pernah dipanggil bermesyuarat sepanjang 6 tahun memegang jawatan penasihat.


Katanya, hal itu menunjukkan betapa buruknya Kerajaan BN mentadbir negara setelah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU).


"Pembayaran sebesar itu jelas menunjukkan mudahnya wang rakyat digunakan sewenang-wenangnya oleh seorang Perdana Menteri tanpa rasa bertanggungjawab, demi kepentingan peribadi.


"Sebagai rakyat marhaen, bayaran sebanyak RM30,000 sebulan kepada seorang KSN yang sudah berpendapatan bulanan lebih RM23,000 adalah sesuatu yang di luar akal waras untuk diterima.


"Hal ini kerana wang itu boleh disalurkan kepada perkara yang lebih mustahak. Sekali lagi wang rakyat dibazirkan secara sia sia," katanya.


Tegas Zainurizzaman yang juga aktivis media sosial, pembaziran berskala mega itu hanya boleh berlaku sekiranya rakyat alpa dan memberikan kuasa 'kestabilan politik' kepada BN sebagaimana yang dituntut ketika ini oleh Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dengan rancangannya untuk mengadakan PRU awal.


Katanya, jika dihitung jumlah bayaran yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membayar Sidek Hassan selama enam tahun angkanya telah mencecah lebih RM1juta.


"Bayangkan, dengan jumlah wang sebesar itu, berapa ramai rakyat Malaysia boleh diringankan bebannya pada hari ini dek impak peningkatan kos sara hidup?


"Lebih lagi, jika dinilai hal ini daripada akal seorang insan yang benar-benar amanah dan berintegriti, tergamakkah kita untuk mengambil wang daripada sesuatu perkara yang kita tidak kerjakan?


"Apatah lagi jika wang itu adalah wang daripada cukai rakyat. Hal ini benar-benar harus diinsafi," katanya lagi.


Justeru, Zainurizzaman atau lebih dikenali sebagai Zack di Twitter berharap perbicaraan kes Najib Razak diputuskan seadil adilnya agar nasib rakyat Malaysia yang dicuri haknya selama ini terbela.


Terdahulu, dalam perbicaraan kes Najib Razak, Sidek mengakui beliau telah dibayar sebanyak RM30,000 sebulan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB tetapi tidak pernah dipanggil bermesyuarat.


Beliau berkata lantikan itu mungkin dibuat kerana Najib merasakan gajinya sebagai Ketua Setiausaha Negara terlalu rendah.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page