Pemilihan KEADILAN 2022 bagi beberapa kawasan di Kelantan terpaksa ditangguhkan hari ini berikutan berlaku masalah teknikal.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa, pemilihan di 5 cabang telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
"Adalah dimaklumkan setelah meneliti penjelasan dan laporan dari lapangan di pusat pusat pengundian negeri Kelantan dan pasukan teknikal yang bertanggungjawab berkenaan sistem pemilihan hari ini, JPP memutuskan untuk menangguhkan pemilihan bagi beberapa cabang yang terlibat
"Maka tarikh pemilihan semula bagi cabang cabang terlibat di negeri Kelantan akan dimaklumkan kemudian. Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Cabang cabang yang terpaksa ditangguhkan pemilihan adalah seperti berikut:
1. Cabang Tumpat
2. Cabang Bachok
3. Cabang Pengakalan Chepa
4. Cabang Ketereh
5. Cabang Gua Musang
コメント