Penamaan calon di Stadium Hang Jebat yang menerima pencalonan bagi DUN N13 Paya Rumput sukar diikuti oleh media bukan arus perdana.
Suara Kedilan yang membuat liputan di sana hanya melihat calon-calon mula meninggalkan kawasan kompleks stadium pada pukul 9:20. Termasuk Calon KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar atas)
Hanya media terpilih yang dibenarkan mengambil gambar dan melaporkan pergerakan calon-calon di pusat penamaan calon manakala media bukan arus perdana diarah meninggalkan pintu masuk pusat penamaan calon.
Koresponden Suara Keadilan, Sandy Zailu, berasa kesal dengan Prosedur Operasi Piawai (SOP) apabila calon-calon tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media sebagaimana penamaan calon sebelum ini.
Beliau gagal menemubual calon KEADILAN yang terus pulang sebagai mana calon-calon lain.
"Semua calon telah keluar dan terus pulang. Tak ada yang berhenti untuk diteruramah media.
"Kita bukan media 'terpilih' untuk masuk ke tempat penamaan calon," katanya.
Selain itu, menurut beliau tidak banyak bilik gerakan dibenarkan dibuka seperti sebelum ini dan tertumpu di bilik gerakan utama yang dikhuatiri tidak mempunyai penjarakan fizikal mencukupi jika banyak penyokong dan petugas parti berkumpul di satu-satu kawasan
Comentários