top of page

Penamaan calon berjalan lancar, calon KEADILAN siap berjuang



Penamaan calon bagi calon calon KEADILAN pagi ini berjalan lancar susulan cuaca baik di seluruh Johor.


Di DUN Rengit mantan ADUN Senggarang, Khairudin A Rahim datang awal ke Dewan Makmur Rengit untuk proses penamaan calon. Beliau diiringi oleh saudara Thomas sebagai pencadang dan saudara Khairul Anwar sebagai penyokong.



Di DUN Tanjung Surat pula, calon KEADILAN, Rosman Tahir tiba di Dewan Serbaguna Bayu Damai sebelum jam 9.00 pagi.


Ketibaan beliau disambut bacaan doa oleh para penyokong dan laungan 'Reformasi, Lawan Tetap Lawan' sehingga ke garisan kuning memisahkan pusat penamaan calon dan kawasan awam.



Manakala bagi DUN Benut, calon KEADILAN, Haniff Ghazali Hosman mencatat di Facebooknya memohon agar dipermudahkan urusan penamaan calon pada hari ini.


Tidak ketinggalan calon Angkatan Muda KEADILAN, Omar Mokhtar A Manap yang bertanding di DUN Johor Lama.


Beliau sempat berfoto dengan isteri tercinta sebelum memasuki dewan penamaan calon.


"Pagi ini hadir ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim bagi urusan Penamaan Calon N37 DUN Johor Lama.


"Ditemani isteri tercinta. Moga Allah SWT memberkati usaha ini dan melancarkan segala urusan kita semua," kata Ketua AMK Mersing itu.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page