top of page

Pemuda PH Sabah lapor polis, ambil tindakan terhadap Pandora Papers


Pemuda Pakatan Harapan (PH) Sabah membuat laporan polis bagi mendesak individu yang terlibat dalam Pandora Papers disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.


Ketua Pemuda PH, Howard Lee Chuan How berkata, langkah itu penting kerana ia membabitkan pendedahan yang mencemarkan integriti negara dan tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkuasa.


Oleh itu katanya, siasatan secara telus dan teliti terhadap dakwaan pengaliran keluar wang berjumlah RM1.8 trilion dari 2005 hingga 2015 secara haram seperti yang dilaporkan Global Financial Integrity (GFI) perlu disegerakan.


Tambahnya, Pandora Papers juga perlu dibahaskan di Parlimen dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat impak serta implikasinya terhadap rakyat.


“Kami mahu siasatan dipercepatkan berhubung dakwaan Kertas Pandora yang mendedahkan pelbagai aktiviti kewangan luar pesisir dalam usaha menyembunyikan aset berjumlah berbilion ringgit,” katanya.


Turut hadir Ketua Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang; Ketua Pemuda DAP Sabah, Phoong Jin Zhe; Ketua Pemuda Amanah Sabah, Rendy Ismail dan Pengerusi MUDA Sabah, Shahrizal Denci.


Lee juga berkata, implikasinya cukup serius dan wajib diambil peduli kerana rakyat tidak boleh menerima Malaysia yang bergelumang dengan manipulasi harta negara untuk kepentingan peribadi.


“Individu yang disenaraikan dalam Pandora Papers terdiri daripada tokoh politik, ahli keluarga mereka dan taikun korporat yang menconteng arang ke wajah seluruh rakyat Malaysia atas tindakan hina ini. Ia seperti meludah ke wajah kedaulatan negara.


“Mereka yang didedahkan mempunyai akaun luar pesisir oleh Kertas Pandora perlu menyerah diri kepada polis bagi membantu pihak berkuasa membersihkan nama mereka jika benar mereka tidak melakukan sebarang aktiviti haram yang melanggar undang-undang serta mencemarkan kedaulatan negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page