top of page

Pemuda MCA perlu kukuhkan Kerajaan bukan kritik melulu - Onn

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 4, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar menegur pemimpin Pemuda MCA yang disifatkannya terburu-buru mencadangkan beberapa kementerian dirombak termasuk Kementerian Kewangan.


Jelas Onn, sebagai rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, Pemuda MCA seharusnya memberi fokus kepada usaha menguatkan gabungan 19 parti itu dan bukan sebaliknya.


"Sebagai rakan komponen, tidak wajar kenyataan sebegitu dibuat.


"Saya fikir (Pemuda) MCA seharusnya membuat perkara memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan bukan membuat kenyataan melulu seperti ini," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Terdahulu, semalam, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong menggesa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Menteri Kewangan II bagi memberi tumpuan serius ehwal kewangan negara, selain mencadangkan PM menggantikan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang didakwa gagal melaksanakan tugas.


Mengulas lanjut, Onn memuji prestasi yang ditunjukkan oleh tiga kementerian yang dipertikaikan yang berusaha membantu meningkatkan prestasi negara.


Tambahnya, walaupun ekonomi negara pada ketika ini berdepan dengan pelbagai cabaran namun dasar yang diperkenalkan oleh tiga kementerian itu mampu menyelesaikan masalah yang berbangkit selain mengukuhkan ekonomi negara.


"Kalau kita lihat Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, banyak program dan dasar yang mereka lakukan seperti Dasar Ekonomi MADANI jelas menetapkan sasaran negara untuk menjadi salah satu ekonomi terbesar dunia.


"Selain itu, isu kekurangan beras (Beras Putih Tempatan) pun semakin memulih dan Kementerian Pertanian beri jaminan meningkatkan pengeluaran padi negara supaya isu bekalan tidak berulang lagi.


"Walaupun kurang setahun (Kerajaan Perpaduan) wujud tetapi kita lihat banyak dasar dan inisiatif baharu yang dibuat. Jadi berilah peluang untuk mereka buat kerja," katanya lagi.


Semalam, Mike Chong mahu rombakan kabinet yang diura urakan akan berlaku dalam masa terdekat menggantikan beberapa menteri termasuk Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page