top of page

Pemuda AMANAH terus desak DuitNow QR tarik balik yuran 0.25%



Kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai pemegang saham terbesar PayNet semalam bahawa yuran transaksi akan dikecualikan hanya untuk peniaga mikro dan kecil tidak memuaskan hati sayap Pemuda AMANAH dalam isu yuran transaksi 0.25% bagi urusniaga melibatkan DuitNow QR.


Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH, Ammar Atan, yuran transaksi perlu dikecualikan untuk semua peniaga, tanpa mengira saiz perniagaan bagi menggalakkan transaksi secara digital di negara ini.


"Pemuda AMANAH dalam hal ini mahu jaminan daripada PayNet dan BNM bahawa yuran ini akan dimansuhkan selama-lamanya.


"Kami juga mempersoalkan logik di sebalik yuran transaksi ini. Dengan beralih kepada penggunaan DuitNow QR, bank-bank di Malaysia telah dapat menjimatkan kos pengendalian wang tunai, termasuk proses penyimpanan tunai secara fizikal dan kebergantungan terhadap mesin ATM.


"Kerosakan wang tunai juga dapat dikurangkan dan ini seterusnya akan mengurangkan kos ditanggung oleh BNM.


"Mengapa penjimatan ini tidak disalurkan kepada pengguna dengan mengekalkan pengecualian yuran transaksi DuitNow QR? Apakah bank-bank yang untung berbilion ringgit tidak dapat menyerap kos 0.25% ini?" tanyanya dalam kenyataan.


Tambah Ammar lagi, masih ramai peniaga belum beralih kepada transaksi digital dan tindakan PayNet mengenakan yuran transaksi pastinya akan membantutkan proses tersebut.


Ujarnya, PayNet yang dimiliki oleh BNM dan 11 bank komersial lain seeloknya tidak mengganggu proses pendigitalan negara.


"Tidak dinafikan, kadar 0.25% kecil untuk perniagaan. Namun ini adalah soal prinsip. Jika bank-bank menikmati penjimatan seperti yang dinyatakan, apa salahnya mengecualikan kos tersebut?


"Jika ada bank yang berkeras mahu mengenakan yuran transaksi ini, Pemuda AMANAH mendesak Bank berkenaan menjelaskan secara terbuka kos yang ditanggung oleh mereka dan mengapa perlunya yuran transaksi ini dikenakan.


"Pemuda AMANAH berharap BNM dan bank-bank tempatan mempertimbangkan semula keputusan mereka ini," katanya lagi.


Pengenaan yuran transaksi 0.25% oleh PayNet telah menjadi bahan kritikan pembangkang, dan biar pun isu tersebut dimanipulasi, tetap tidak menguntungan imej Kerajaan Perpaduan sejak beberapa hari lalu.


Manakala pelanggan dan peniaga yang menggunakan perkhidmatan tersebut tidak setuju pengenaan yuran berkenaan pada waktu ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page