Pemimpin tidak benarkan Parlimen dibuka adalah binatang politik sebenar


Pembahas Negeri Sarawak, Jame Stephen menyifatkan pemimpin yang enggan membuka sidang Parlimen sebagai binatang politik sebenar.


Beliau menempelak kenyataan seorang pemimpin Bersatu yang dilihat seolah-olah tidak sensitif mahupun berpijak di bumi nyata.


"Desakan Parlimen dibuka dianggap sebagai bersikap binatang politik tetapi pemimpin yang tidak benarkan bersidang adalah binatang politik yang sebenar-benarnya tanpa memikirkan derita rakyat.


"Kalau susah sangat buka Parlimen dari pintu depan, tak salah buka Parlimen dari pintu belakang kerana kerajaan ini adalah dari pintu belakang," katanya ketika berbahas ucapan dasar presiden sempena Kongres Nasional Ke-15 hari ini.


Beliau menganggap Parlimen menjadi platform terbaik untuk menangani pelbagai isu yang dihadapi negara ketika ini.


"Parlimen adalah wadah untuk menangani isu komunikasi yang jelas, pengurusan pandemik berkesan, penyelerasan antara kementerian, kerajaan persekutuan dan negeri, pengurusan vaksinasi yang pesat dan peruntukan bantuan ekonomi diperlukan, ini jalan penyelesaian kepada semua isu.


"Anak singa di pulau tebrau, anak tebuan seekor lari, jika negara sudah kacau bilau, eloklah tuan mengundur diri," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER