top of page

Pemimpin Sabah perlu bantu PM bantu pembangunan rakyat - MBS



Majlis Belia Sabah (MBS) mengesa pemimpin politik Sabah agar membantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kestabilan politik di negeri itu dan bukannya berebut kuasa sebagaimana yang berlaku sebelum ini.


Menurut Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus, sebarang perubahan kuasa hanya akan mengganggu serta membantutkan proses pengembangan dan pembangunan ekonomi Sabah selepas PM mengumumkan beberapa keputusan penting terhadap pembangunan negeri seperti penyerahan kuasa kawal selia gas kepada kerajaan negeri dan penyerahan kuasa meluluskan projek pembangunan yang bernilai RM 50 juta kepada pentadbiran Sabah dan Sarawak.


"MBS ingin memberikan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri serta barisan kabinet Kerajaan Persekutuan di atas keprihatinan dan kepercayaan beliau kepada kerajaan Sabah untuk menguruskan sistem pentadbiran serta pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat Sabah sendiri.


"Keputusan ini adalah bukti bahawa Perdana Menteri serius dalam meraikan permintaan Sabah-Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sering dibangkitkan.


"Namun demikian, segala pengumuman dan kelebihan yang diberikan oleh PM ini tidak akan sampai atau dirasai oleh rakyat Sabah jika para pemimpin Sabah terus bergelut dan berebut sesama sendiri hanya untuk mendapatkan kuasa tertinggi pentadbiran kerajaan," kata Hilmie dalam kenyataan.


Sehubungan dengan itu, MBS katanya, membuat gesaan kepada para pemimpin Sabah untuk sentiasa telus, prihatin, empati dan memikirkan nasib rakyat yang mahu merasai nikmat pembangunan yang telah dirangka oleh kerajaan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang telah diilhamkan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah sebelum ini.


Kata beliau, dengan kemudahan pengurusan kuasa kawal selia gas, ditambah dengan pengambilalihan 25% ekuiti Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn. Bhd. (PCFS) oleh SMJ Sdn. Bhd. yang membolehkan kerajaan Sabah memperolehi keuntungan lebih besar maka masa hadapan Sabah untuk menjadi negeri maju amatlah cerah.


"MBS percaya ekonomi Sabah akan terus berkembang dan hal ini akan membantu mempercepatkan perlaksanaan agenda-agenda pembangunan rakyat.


"Oleh yang demikian, MBS sekali lagi memberi gesaan agar para pemimpin Sabah khususnya yang menduduki 73 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerja-kerja merealisasikan agenda pembangunan rakyat.


"Buat masa ini dan sekarang teruskanlah berkhidmat dan berbakti kepada rakyat khususnya di kawasan masing-masing dengan memberikan kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan yang sedia ada," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page