top of page

Pemimpin PN berhenti jadi 'jurucakap' pihak berkuasa - Saifuddin



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa pembangkang terutamanya Pas berhenti menjadi ‘jurucakap’ kepada pihak berkuasa.


Merujuk beberapa kenyataan membabitkan siasatan terhadap pemimpin Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini, Saifuddin menasihatkan agar mereka membiarkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara bebas.


"Kertas siasatan nak siap bila, nak serahkan bila, ada kes atau tidak. Sekarang jadi trend di mana Tan Sri Muhyiddin dipanggil SPRM, dia buat kenyataan bukan suspek cuma saksi. Pas pula kata ucap terima kasih kepada polis sebab tidak ada kes.


"Jangan ambil peranan jadi jurucakap SPRM ataupun polis. Itu lebih baik," katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.


Senator Dewan Negara itu sebelumnya diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin PN berhubung siasatan SPRM dan siasatan polis termasuk mengenai kes perarakan pakaian replika senjata oleh sebuah parti politik di Terengganu baru-baru ini.


Ia termasuk oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin yang berkata polis mengesahkan perarakan membawa replika senjata di program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu kononnya salah satu daripada acara yang dipertandingkan.


Sebelum ini, timbul isu perarakan berkonsepkan cosplay di Terengganu sebagai unsur yang boleh disiasat di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

"Berikan ruang kepada polis untuk siasat tak perlu jadi jurucakap polis di luar, biar polis uruskan dan buat kenyataan," kata Saifuddin mengulas dakwaan Khairil.

2 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page