top of page

Pemimpin Pas angkuh enggan sambut kunjungan Anwar di Terengganu



Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu semalam sewajarnya disambut oleh pemimpin Kerajaan Negeri atas nama hubungan negeri dan Persekutuan.


Namun, tidak kelihatannya kelibat pemimpin kerajaan Pas Terengganu menyambut ketibaan Anwar dianggap keangguhan yang tidak seharusnya berlaku pada ketika pemimpin Kerajaan Negeri itu sendiri belum melakukan kunjungan hormat ke Putrajaya sebagaimana negeri negeri lain.


Oleh itu, Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Raja Bahrin Shah mempertikaikan sikap angkuh para pemimpin Pas berkenaan selepas PM bermurah hati bulan lalu mengumumkan bantuan banjir sebanyak RM50 juta kepada Terengganu.


"Bukti Anwar Ibrahim adalah PM untuk semua adalah semasa banjir baru baru ini apabila beliau memperuntukkan RM100 juta kepada Terengganu dan Kelantan, kedua duanya negeri kerajaan Pas.


"Beliau dengan cepat mengumumkan pemberian tersebut sebaik sahaja dua negeri berkenaan dilanda musibah walaupun pemimpin pemimpin dari parti politik yang menerajui negeri berkenaan sering menyerang beliau.


"Walaupun Anwar berjiwa besar pihak parti pembangkang sedikit pun tidak menunjuk sikap mengenang budi atau sekurang kurangnya meraikan tetamu yang berkunjung ke Negeri Terengganu Darul Iman," katanya dalam kenyataan.


Raja Bahrin menempelak sikap pemimpin kerajaan Pas yang seharusnya, paling tidak menghantar seorang Exco Kerajaan Negeri dalam menyambut Anwar sama ada di lapangan terbang atau dalam majlis lainnya.


"Kerajaan Melayu Islam jenis apakah yang wujud di Terengganu Darul Iman?


"Inikah budaya dan adat yang patut dicontohi dan dibanggakan oleh rakyat dan generasi muda kita?


"Bukankah ada perpatah Melayu yang berbunyi orang berbudi kita berbahasa ? Kami rakyat Terengganu merasa malu atas sikap pimpinan kerajaan Terengganu hari ini terhadap tetamu yang berkunjung bernama Anwar Ibrahim.


"Bukankah Islam mengajak penganutnya untuk meraikan tetamu yang berkunjung, dilayan dengan baik dan menunjukkan pekerti yang indah?" soalnya.


Menurut Raja Bahrin lagi, Anwar telah menunjukkan sikap terbukanya dalam ucapan di majlis bertemu pegawai kerajaan di Universiti Malaysia Terengganu dengan menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.


Malangnya, kata beliau, pemimpin kerajaan Pas Terengganu tidak menunjukkan jiwa besar yang sama mengenepikan perbezaan politik dalam urusan kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page