Pemimpin MPP KEADILAN sertai misi Freedom Flotilla ke Gaza
- Suara Keadilan

- Oct 6
- 1 min read

KEADILAN terus menzahirkan pendirian tegas terhadap perjuangan kemanusiaan sejagat apabila terbaharu salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Dr Mohd Afandi Salleh menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) × Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang berlayar menuju ke Gaza melalui kapal Conscience.
KEADILAN merupakan antara segelintir parti di Malaysia yang secara jelas menegaskan peranan dan pendirian antarabangsa dalam Perlembagaan Parti, khususnya melalui Perkara 5.18.
"Perkara 5.18 menegaskan bahawa perjuangan kita merentas sempadan negara — untuk dunia yang adil, demokratik dan bebas daripada penindasan," menurut muat naik di Facebook Parti Keadilan Rakyat yang memaparkan video misi terkini Dr Mohd Afandi .
Penyertaan Dr Afandi dalam misi flotilla tersebut adalah selari dengan semangat Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa mesej solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus ditindas.
Video pesanan khas Dr Afandi dirakam dari atas kapal Conscience ketika pelayaran menuju Gaza, menyeru masyarakat antarabangsa agar terus bersatu menentang kezaliman dan menegakkan keadilan untuk Palestin.









Comments