Pemimpin Kerajaan BN - PN berkewajipan perkukuh institusi kehakiman - Anwar



Kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkewajipan untuk memperkukuh institusi kehakiman terutama menjamin kebebasan badan itu dalam menjalankan tugas tanpa diganggu gugat.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kewujudan badan kehakiman yang bebas di negara ini perlu diperjuangkan dan menjadi keutamaan Kerajaan berikutan badan itu telah dicabuli beberapa kali sejak 3 dekad lalu.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah dengan bijak menyatakan, "The existence of the courts and judges in every ordered society proves nothing: it is their quality, their independence, and their powers which matter…"


"Kewujudan badan kehakiman yang bebas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan juga rakyat sendiri berkewajipan untuk mengambil tindakan memperkukuh institusi kehakiman bagi memenuhi peranannya sebagai tunjang demokrasi, yang akhirnya melindungi dan memelihara hak rakyat.


"Sejak dahulu lagi, penguasa telah cuba melemahkan institusi demokrasi Malaysia untuk mencapai keuntungan mementingkan diri mereka dengan mengorbankan rakyat.


"Oleh itu, kita rakyat Malaysia harus terus berwaspada dalam mempertahankan institusi yang melindungi hak kita secara wajar melalui Perlembagaan, daripada kuasa undi di peti undi sehinggalah menggunakan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Presiden KEADILAN itu juga turut mengingatkan titah Almarhum Sultan Azlan Shah berkaitan kebebasan kehakiman


Katanya, Sultan Azlan Shah pernah bertitah bahawa peraturan yang melindungi kebebasan kehakiman “dirancang untuk menjamin mereka akan bebas daripada tekanan luar dan bebas daripada semua pihak berkuasa kecuali undang-undang. Oleh itu, mereka adalah penting untuk memelihara kedaulatan undang-undang.”


Justeru, Anwar menganggap himpunan membela institusi kehakiman yang dianjurkan pagi tadi di Padang Merbok, Kuala Lumpur merupakan suatu mercu tanda penting perjuangan para peguam untuk mempertahankan kebebasan kehakiman.


"Saya memuji penganjuran "Walk for Judicial Independence" oleh Majlis Peguam Malaysia hari ini.


"Perjalanan itu mengesahkan usaha mereka sebelum ini pada 2007, 2011 dan 2014 dan menunjukkan pengamal undang-undang tetap menyedari peranan kritikal mereka dalam menegakkan keadilan di negara ini.


"Ini adalah petanda positif demokrasi kita sentiasa berkembang maju dan diperkukuh oleh warganegara yang sangat mengambil berat tentang memelihara semangat demokrasi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER