
Beberapa pemimpin KEADILAN menunaikan tanggungjawab membuang undi seawal pusat mengundi dibuka, biar pun terpaksa beratur panjang.
Di parlimen Lembah Pantai, calon Ahli Parlimen Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia keluar mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai sekitar pukul 8 pagi tadi.
"Alhamdulillah baru selesai mengundi di SMK Seri Pantai. Selamat mengundi semua, kita jumpa nanti di pusat-pusat mengundi," katanya.

Manakala Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia yang juga Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat mengundi di kawasan beliau.
"Selesai tanggungjawab saya di SJKC San Yuk Rawang. Selamat mengundi," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang merupakan calon Ahli Parlimen Permatang Pauh menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan juga pada awal pagi.
"Selesai mengundi, Alhamdulillah. Ayuh, Malaysia, kita tunaikan tanggungjawab kita bersama," katanya.
Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia yang juga calon Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula mengundi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Beliau berpesan agar rakyat keluar mengundi beramai ramai hari ini

Mereka mengajak pengundi untuk segera membuang undi pada waktu pagi sementara cuaca masih baik walaupun di kebanyakan tempat mendung, kerana menurut ramalam kaji cuaca pada sebelah petang berkemungkinan berlaku hujan lebat dan menyukarkan pergerakan di pusat mengundi.