top of page

Pemilihan tenang, lancar kecuali cabang Hulu Selangor



Pemilihan KEADILAN 2022 untuk negeri Selangor hari ini berjalan lancar dan tenang.


Menurut Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) suasana pengundian fizikal di Dewan Raja Muda Musa, bagi cabang Shah Alam amat teratur. Begitu juga di cabang Sabak Bernam yang berjalan lancar.


"Selesai pengundian di cabang Sabak Bernam. Suasana pengundian sangat tenang dan tanpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.


"Terima kasih kepada anggota yang telah mengundi dan telah melaksanakan tanggungjawab bagi Pemilihan KEADILAN 2022 kali ini," kata kenyataan JPP.

Pengundian di cabang Sabak Bernam lancar

Begitu juga bagi cabang Subang, Ampang, Pandan dan beberapa cabang lain yang diramal akan 'panas' kerana persaingan lebih daripada dua penjuru atau melibatkan tokoh tokoh popular KEADILAN.


Kecuali Cabang Hulu Selangor yang berlaku kejadian tidak diingini apabila pusat pengundian di Bukit Beruntung Golf and Country Resort, Rawang tidak menyediakan meja dan kerusi ketika waktu pengundian telah pun bermula pada 8.00 pagi.

Logistik tidak lengkap di cabang Hulu Selangor

Akibatnya JPP Selangor membatalkan pengundian pada hari ini.


Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pemilihan Parti Selangor, Mazli Saring, keputusan itu dibuat atas alasan tiada kemudahan lengkap disediakan mengikut peraturan parti kerana meja dan kerusi hanya tiba pada pukul 10.00 pagi, sejam setelah waktu rasmi pengundian bermula.


Dalam garis panduan pemilihan parti, logistik perlu disediakan oleh jawatankuasa bahagian penyandang yang diketuai June Leow Hsiad Hui.


"Ada satu cabang terpaksa kita batalkan dan akan ditangguh ke satu masa ditetapkan nanti


"Batal sebab ketiadaan peralatan dan kemudahan untuk melakukan pengundian. Tak ada kerusi dan meja sehingga pukul 10.00 pagi. Meja yang disediakan pula amat daif.


"Saya tidak tahu isu apa. Pengawas sedia sejak pukul 8.00 pagi. Malam tadi kita tak dapat masuk dewan sebab dewan berkunci. Bila pagi tadi kita pergi dewan berkunci. Sehingga saya hubungi YB June barulah saya dapat membuka pintu dan bila dibuka tidak ada meja dan kerusi," kata Mazli.


Menurut beliau, JPP akan memberikan tarikh baharu bagi pemilihan di cabang Hulu Selangor.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page