top of page

Pemilihan semula Cabang Ampang dijangka terakhir sebelum Kongres Nasional



Pemilihan semula Cabang KEADILAN Ampang, Selangor pada esok dijangka yang terakhir sebelum Kongres Nasional KEADILAN ke 16 dilangsungkan pada 15 hingga 17 Julai ini.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, pemilihan Cabang Ampang dibuat selepas Panel Aduan JPP meneliti aduan aduan yang dibuat oleh pihak bertanding berkenaan terdapatnya salah laku dalam pemilihan yang telah dijalankan.


"Pemlihan semula dibuat setelah aduan diambil dari Cabang Ampang sendiri dan mereka yang bertanding di Ampang yang membuat aduan secara rasmi kepada Panel Aduan JPP.


"Mereka (Panel Aduan) melihat semua aduan itu dengan terperinci dan akhirnya keputusan dicadangkan supaya kita mengadakan kembali pemilihan


"Pemilihan ini hanya diadakan peringkat fizikal dan keutusan Pemilihan Atas Talian kekal," katanya dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, petang tadi.


Dr Zaliha berkata tidak ada cabang lain selain Ampang yang dinilai berlakunya salah laku serius sebelum dan semasa berjalan pemilihan yang mewajarkan pengundian semula dicadangkan.


"Setakat ini tak ada. Sebelum ini sebelas cabang buat pemilihan semula. Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Sabah.


"Selesai semua, tak ada (pemilihan semula) sehingga kita ambil keputusan untuk undi semula di Ampang," katanya.


Bagaimanapun lokasi pusat pemilihan semula di Cabang Ampang telah pun dipindahkan dari Dewan Dato' Razali, Kg Baru Ampang sebelumnya ke Dewan Ampang Jaya, Taman Ampang Jaya, Selangor.


Waktu pengundian pula dari pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam, mengambil kira anggota KEADILAN yang bekerja dan hanya boleh mengundi selepas waktu pejabat.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page