top of page

Pemilihan selesai, cabaran seterusnya memperkuat Wanita KEADILAN menuju PRU 15



Pemilihan bagi jawatan Wanita KEADILAN telah pun berakhir semalam.


Menurut calon Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, pengalaman sepanjang berkempen selama 2 bulan menjelajah ke lebih 150 cabang menyaksikan banyak potensi sayap Wanita KEADILAN pada masa hadapan.


"Sepanjang tempoh berkempen kali ini. Saya telah berjaya menembusi titik sentuh lebih daripada 150 cabang di semua negeri. Samada secara fizikal, dalam talian mahupun bertemu di pelbagai pelusuk kota dan rantau.


"Kesemua ini adalah pengalaman yang sangat berharga untuk saya kerana dari awal saya telah meletakkan frasa #WanitaNadiKEADILAN sebagai bukti pentingnya sayap ini.


"Saya juga terkenang apa yang disebut oleh Winston Churchill dalam siri-siri kempen yang dijalani. Beliau mengkategorikan pahlawan yang memiliki keberanian sebenar bukan hanya untuk bangun dan bercakap, tetapi juga perlu berani duduk dan mendengar," katanya.


Bagi beliau, Wanita KEADILAN sejak dari awal penubuhan telahpun mempamerkan daya tahan yang unik dalam evolusi keutuhan sistem demokrasi negara.


Beliau yakin pemilihan ini, wanita mampu merangkul setiap individu yang tampil untuk membantu parti seterusnya menyusun kekuatan itu untuk memberikan tamparan hebat kepada pihak lawan dalam Pilihan Raya Umum kelak.


"Kekuatan setiap daripada anggota di cabang dan ranting dapat dimanifestikan dalam keputusan yang akan datang. Tidak tergambar betapa saya cukup hargai jerih payah pasukan yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung di sepanjang kempen ini.


"Tidak dapat dilupakan kerja keras setiap daripada anggota dan pasukan yang telah bertungkus lumus merealisasikan tugasan berat ini," katanya.


Justeru beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Jawatankuasa Pemilihan Parti yang telah berhempas pulas dalam tempoh dua bulan memastikan pemilihan berjalan lancar.


Serta pasukan kempen beliau sendiri yang tidak kenal erti penat. Beliau berharap daya juang akan bertambah menjelang PRU ke 15.


"Destinasi membentuk kepimpinan parti hampir selesai. Tugasan seterusnya adalah membina Malaysia dengan lebih baik dengan segala daya juang yang ada demi pertiwi yang kita cintai ini.


"Terima kasih Wanita KEADILAN! Terima kasih semua," katanya lagi.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page