top of page

Pemilihan KEADILAN medan persaingan sihat, penuhi harapan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan Pemilihan KEADILAN 2025 sebagai medan persaingan sihat yang perlu dilihat serta dirangkum dalam perspektif luas.


Menurutnya, proses itu bagi mendepani cabaran politik tanah air dan memenuhi harapan rakyat.


"Kepimpinan yang dipilih perlu komited untuk terus menjadi jambatan antara akar umbi dan pimpinan tertinggi parti, memperkukuh struktur organisasi serta memacu agenda reformasi yang menjadi tunjang perjuangan KEADILAN.


"Saya yakin dan percaya bahawa Pemilihan Keadilan 2025 bukan sekadar soal pengisian jawatan, sebaliknya peluang untuk memperkukuh asas perjuangan parti, menyemarakkan semangat reformasi dan merapatkan pasukan bagi menghadapi cabaran mendatang, termasuk Pilihan Raya Umum akan datang," katanya dalam muat naik di Facebook.


Terdahulu Aminuddin Harun mengesahkan mempertahankan jawatan Naib Presiden KEADILAN pada pemilihan sesi ini.


Selain Aminuddin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) turut mengumumkan mempertahan jawatan disandang mereka.


Mereka bakal dicabar antaranya Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Sathia Prakash Nadarajan, Timbalan Ketua Penerangan Datuk Seri R Ramanan dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.


Turut mencalonkan diri ke jawatan itu ialah Ahli Dewan Negara Abun Sui Anyit, bekas Exco Hee Loy Sian, R.Yuneswaran (Ahli Parlimen Segamat) dan Mustaffa Kamil Ayub (Pengerusi INSKEN).


Sementara itu, Aminuddin yang juga Ketua Cabang Port Dickson turut berharap agar seluruh ahli parti terus bersatu, menjunjung prinsip keadilan dan memilih kepimpinan yang mampu membawa suara rakyat dengan amanah dan berintegriti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page