top of page

Pemilihan jawatan utama KEADILAN, cabang selesai dengan sukses - Dr Zaliha



Proses Pemilihan KEADILAN 2022 secara tidak rasmi sudah berakhir pada 22 Mei lalu.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa, seramai 136,000 anggota KEADILAN telah pun menunaikan tanggungjawab mereka.


Hal itu katanya merupakan 12% daripada jumlah 1.2 juta keahlian KEADILAN. Bagaimanapun, tambah beliau ada beberapa cabang yang akan mengadakan pemilihan semula pada minggu ini.


"Dalam pemilihan kali ini seramai 76,932 anggota telah mendaftar sebagai Pengundi Atas Talian (PAT) melalui aplikasi ADIL


"Terdapat kira kira 90.84% anggota yang memilih sebagai PAT telah membuat pilihan kepimpinan mereka. Ianya suatu pencapaian peratusan yang agak membanggakan memandangkan kaedah pengundian secara atas talian ini adalah baru pertama kali diperkenalkan untuk pemilihan 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu, proses pengundian fizikal pula, kata Dr Zaliha telah berjalan lancar kecuali di beberapa tempat di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Selangor


Beliau turut berpuas hati pihak JPP negeri telah mengendalikan pengundian fizikal secara terbaik di cabang cabang yang disifatkan sebagai 'panas' di Selangor dan Sabah sehingga tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini kecuali sedikit masalah teknikal di Sabah iaitu di awal pemilihan dimulakan.


"JPP 2022 ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam proses Pemilihan KEADILAN 2022, khususnya anggota-anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti dan koordinator-koordinator negeri yang memainkan peranan yang sangat besar dalam melancarkan pemilihan di peringkat negeri masing-masing.


"Begitu juga kepada para petugas dari kalangan anggota parti yang banyak membantu mengendalikan proses pengundian secara fizikal di lokasi-lokasi pengundian, serta pengawas yang terdiri dari mereka yang bukan dari kalangan anggota parti dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan proses mengundi secara fizikal berjalan dengan telus, adil dan lancar," katanya.


Menurut Dr Zaliha lagi, JPP kini sedang memasuki fasa berikutnya iaitu proses pencalonan untuk jawatan jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP).


Katanya, tarikh pencalonan untuk jawatan-jawatan tersebut telah ditetapkan pada 29 Mei 2022.


Mengenai keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 bagi pimpinan di cabang-cabang dan untuk jawatan-jawatan Utama di peringkat Pusat, seperti jawatan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden pula, katanya, akan diumumkan selepas semua proses pengundian selesai, iaitu selepas proses pengundian semula di cabang-cabang yang ditangguhkan pengundiannya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page