top of page

Pemilihan diteruskan, keputusan tertentu boleh dibatal jika terbukti kelemahan aplikasi ADIL



Kritikan ke atas sistem pengundian Pemilihan KEADILAN 2022 secara atas talian ADIL yang didakwa boleh diakses berkali kali oleh pihak tidak bertanggungjawab dan saranan agar pemilihan ditangguhkan sementara waktu dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).


Menurut Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, aduan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak terutama calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli baru baru ini telah diambil perhatian.


Katanya, pihak JPP faham risiko penipuan yang menjadi kekhuatiran Rafizi dan juga menjadi kekhuatiran pasukan jawatankuasa berkenaan.


Bagaimanapun, katanya keputusan Majlis Pimpinan Parti untuk mengadakan pemilihan 2022 adalah muktamad bagi mengisi lompong kepimpinan menuju Pilihan Raya Umum ke 15 pada bila bila masa.


"Mahu tidak mahu JPP sebagai suatu badan pelaksana, harus mengambil tanggungjawab untuk meneruskan pemilihan yang buat pertama kalinya dilakukan secara hibrid iaitu dengan menggabungkan kaedah pengundian secara atas talian dan pengundian secara fizikal, dengan menggunakan sistem aplikasi ADIL yang dibangunkan untuk tujuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Dr Zaliha, JPP membuat keputusan untuk tidak menggunakan kod QR sebaliknya sebagai langkah keselamatan JPP mewajibkan penggunaan dakwat calit undi, serta memperkenalkan sistem pemantauan ketat, yang mana hanya pengawas yang bertugas,mempunyai akses kepada kod kata laluan yang berbeza-beza bagi membuka kertas undi digital di peranti Pengundian yang disediakan.


Pemilihan berjalan lancar selepas masalah di beberapa cabang di Kelantan

Tegas beliau, salah satu dari ciri keselamatan yang telah dibangunkan ialah selepas setiap kali pengundian dilakukan, anggota boleh menyemak kembali pilihan mereka, sahkan pilihan tersebut sebelum menekan butang hantar.


Selepas penghantaran kepada peti undi mega atau ‘cloud’, sistem akan secara automatik kembali ke muka surat asal. Pengawas pula perlu memasukkan kembali kod kata laluan sebelum ke muka surat di mana nombor kad pengenalan dimasukkan, bagi membolehkan pengundi seterusnya mengundi.


JPP hanya membenarkan pengawas sahaja untuk memasukkan nombor kad pengenalan yang dikemukakan anggota, setelah disahkan nombor kad pengenalan yang betul dimasukkan, barulah anggota tersebut boleh mendapatkan kertas undi digital yang bertepatan dengan keanggotaan masing-masing.


Begitu juga. katanya, pengawas pemilihan yang dijamin bebas dan tidak memihak kepada mana mana calon


"JPP ingin membetulkan salah faham dan salah tanggap tentang pengendalian dan pengendali-pengendali pemilihan kali ini.


"Pengawas adalah pengendali pemilihan yang dipilih dari kalangan rakyat Malaysia yang cukup umur, yang bukan merupakan anggota parti, seperti dari kalangan mahasiswa, NGO dan pihak yang tiada berkepentingan.


"Penyelaras Tempat Undi (PTU) dan petugas pula adalah dari kalangan anggota parti yang tugasannya membantu melancarkan proses pemilihan di satu-satu cabang dan mereka dilarang sama sekali berada di ruang pengundian dan dilarang keras dari menyentuh mana-mana peranti yang sepenuhnya di bawah tanggungjawab dan pengawasan Pengawas," katanya.


Tambah Dr Zaliha, sistem aplikasi ADIL telah dilengkapkan pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.


Bagaimanapun, katanya JPP boleh membatalkan mana mana keputusan yang diragui.


"JPP boleh mengambil langkah untuk membatalkan keputusan mana-mana pengundian dan melakukan semula pengundian bagi mana-mana cabang atau sektor samada AMK atau Wanita, jika kita dapati ianya disebabkan oleh kelemahan sistem aplikasi ADIL, atau sekiranya berlaku sebarang masalah di tempat-tempat pengundian.


"Jika keperluan tersebut berlaku maka parti, pimpinan dan akar umbi harus menerima baik sebarang kemungkinan atas keputusan yang bakal diambil Jawatankuasa Pemilihan Parti 2022, demi kebaikan dan ketelusan perjalanan Pemilihan 2022," katanya.


Kata beliau lagi, JPP telah memastikan langkah keselamatan dan ciri-ciri sekuriti yang sedia ada dalam pengunaan aplikasi ADIL, berserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, ditambah dengan pengenalan penggunaan dakwat calit undi bagi memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama dan selamat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page