Keputusan Pemilihan AMANAH bagi sesi 2023 - 2026 menyaksikan persepakatan yang utuh di antara presiden sedia ada Datuk Seri Mohamad Sabu dan ketua kumpulan pembaharuan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai timbalan presiden.
Keputusan yang tidak pernah berlaku dalam pemilihan mana mana parti politik di Malaysia itu dihasilkan melalui sistem syura yang diamalkan AMANAH, yang mana perwakilan melantik 27 orang pemimpin utama untuk berbincang secara berhemah dalam melantik 5 pimpinan pusat tertinggi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Speaker Konvensyen AMANAH 2023 yang baharu Uustaz Azhar Shukur.
"Dengan mandat yang diberikan, dengan ini saya umumkan keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pimpinan nasional sesi 2023 - 2026 adalah sepi berikut.
"Presiden Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa," katanya.
Manakala 3 jawatan Naib Presiden pula diumumkan oleh Timbalan Speaker Onn Jaafar.
"Naib presiden pertama Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden dua Dr Siti Mariah Mahmud dan Naib Presiden ketiga Adly Zahari," katanya.
Dengan pengumuman itu maka teka teki sama ada AMANAH akan melakukan perubahan pada pemilihan ini berakhir apabila jawatan Timbalan Presiden yang kosong akibat kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub diisi oleh Mujahid yang dijangka akan menggerakkan perubahan terutama untuk peningkatan keahlian dan gerak kerja akar umbi.
*Kredit foto: Facebook Mohamad Sabu
Comments