top of page

Pemilihan 2025 lebih teratur berbanding sesi terdahulu - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 15
  • 1 min read


Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pemilihan peringkat Cabang parti itu yang berlangsung April lepas jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu.


Bercakap pada satu program wawancara khas terbitan Sinar Harian beliau berkata, langkah parti untuk menggunakan sistem baharu dalam pemilihan cabang baru-baru ini menggambarkannya sebagai sebuah parti yang menjamin integriti sesiapa yang dipilih tanpa gangguan mana-mana pihak.


"Parti telah buat keputusan awal untuk memanfaatkan teknologi dan tidak membenarkan berkumpul beramai-ramai untuk (proses) mengundi di peringkat cabang.


"Keputusan itu bagi saya tepat kerana menunjukkan KEADILAN sebuah parti yang pandang ke depan, memanfaatkan teknologi seperti blockchain untuk tujuan menjamin integriti pemilihan utuh dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak," katanya dipetik.


Mengulas proses pemilihan bagi pucuk pimpinan tertinggi parti yang sedang berlangsung, Fahmi menyatakan keyakinan bahawa peluang akan diberikan kepada calon yang tidak terpilih untuk terus berkhidmat mengukuhkan hala tuju parti.


"Itulah konsep KEADILAN, pengalaman saya sendiri tahun 2022, kali pertama bertanding sebagai Naib Presiden, tapi tewas.


"Namun pimpinan merasakan saya masih boleh berbakti, masih boleh membantu parti maka saya dilantik menjadi Ketua Penerangan.


"Jadi saya lihat parti ada banyak ruang dan memberi banyak peluang kepada semua yang ingin terus berkhidmat kepada parti, nusa serta bangsa," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page