top of page

Pemilihan 2025: Jangan sanggah berlebihan hingga timbul permusuhan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 2 min read

DS Anwar ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Cabang KEADILAN di Langkawi
DS Anwar ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Cabang KEADILAN di Langkawi

Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar ahli-ahli KEADILAN tidak menghangatkan suhu kempen pemilihan parti yang sedang berlangsung dengan memberikan sanggahan berlebihan hingga mencetuskan permusuhan.


Presiden KEADILAN berkata pertandingan tersebut perlu dijalankan dengan penuh adab dan akhlak yang menjadi prinsip dan amalan parti sejak berdekad lalu.


"Saya tidak sangat susah hati, yang bersaing Timbalan Presiden, Naib Presiden, Angkatan Muda dan Wanita itu dalam kalangan sahabat setia, sebahagian besar mereka itu pejuang asal parti.


"Oleh itu kita jangan tambah, tingkat suhu kehangatan. Kita mesti lerai dengan baik," kata perdana menteri ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Cabang KEADILAN di Langkawi hari ini.


Anwar berkata anggota KEADILAN tidak boleh memandang rendah martabat orang lain kerana perjuangan dalam parti itu memerlukan adab dan akhlak.


"Saya tidak nafikan kadang keterlajuran ini orang lupa parti ini terasnya apa? Madani, pembangunan, pertumbuhan, transformasi ... semua bicarakan tetapi keistimewaannya soal nilai, prinsip... Ini kena jaga sebagai teras, maka akhlak jadi keutamaan.


"Jangan beza pendapat (menjadi) permusuhan yang berlebihan," katanya.


Meskipun mempunyai perbezaan pendapat namun jasa dan pengorbanan tinggi sebahagian besar calon berkenaan tidak boleh dinafikan, pesan Anwar.


"Sama ada kita pilih sokong A atau B, jangan kita lupa tokoh-tokoh berkenaan, naib presiden, pemuda, wanita itu orang banyak berjasa, sebahagiannya jauh lebih berjasa dan pengorbanan serta kerjanya daripada kita.


"Jangan kita beri pandangan atau pun sanggahan yang berlebihan kerana kita lupa, sehebat kita tidak boleh saingi sumbangan mereka yang ramai ini.


"Saya tengok calon naib presiden ramai yang cukup layak, kalau boleh ada tempat dua timbalan presiden, dua dua saya sokong, kalau ada 11 naib presiden semua saya sokong," ujarnya lagi.


Pemilihan KEADILAN akan dimuktamadkan pemenangnya pada 23 Mei apabila perwakilan dari seluruh negara mengundi secara fizikal ataupun dalam talian.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page