Pemikiran khawarij moden perlu disanggah - Kamil Munim
- Suara Keadilan

- Jul 29
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Golongan mewarisi kefahaman serta pemikiran kelompok khawarij (ekstremis) bagi meraih laba atau keuntungan politik harus dikecam dan disanggah sekeras-kerasnya oleh semua pihak.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, golongan itu yang menanam kebencian atas nama Tuhan terhadap musuh politik mereka perlu ditolak rakyat yang mahu negara ini selamat daripada ancaman kumpulan radikal.
"Mendoakan kehancuran buat saudara Islam yang lain adalah manifestasi pemikiran radikal yang akan merosakkan dan memecahbelahkan umat.
"Jelas bahawa ini adalah sikap mereka yang mewarisi kefahaman dan pemikiran kelompok khawarij, yang terus menerus menanam kebencian atas nama Tuhan bagi meraih laba politik," katanya.
Hantaran menerusi platform X itu dipercayai dikaitkan dengan tindakan pemimpin pembangkang yang mengakhiri perhimpunan di Kuala Lumpur Sabtu lalu dengan bacaan doa yang turut mengandungi niat buruk terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kopiah atas kepala yang sepatutnya mengawal sikap dan tingkah laku kita akhirnya tidak lebih sekadar menjadi perhiasan bagi menawan minda masyarakat yang keliru dan galau pemikirannya," katanya.
Beliau turut mengambil contoh kisah Abdul Rahman ibn Muljam, seorang yang digelar sebagai ahli ibadah, ahli Quran dan seorang yang warak, namun akhirnya memilih untuk membunuh Saidina Ali kerana berasa lebih Islam dan benar daripada Saidina Ali.
"Ini pengajaran daripada sejarah yang kita perlu hadam," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu.









Comments