top of page

Pemerkasaan TVET buka peluang graduan terima gaji lumayan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 10, 2023
  • 1 min read



Kerjasama strategik kerajaan dengan pihak industri dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) membuka prospek untuk graduan bidang itu mendapat gaji lebih lumayan.


Menteri Sumber Manusia (KSM) V. Sivakumar berkata, kementeriannya telah menerbitkan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) sebagai langkah berterusan menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET di Malaysia.


Buku panduan tersebut jelasnya dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET berdasarkan tahap kemahiran sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara ini.


"Kerajaan turut mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan untuk mengambil graduan TVET bekerja berserta bayaran gaji yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka miliki," kata di Dewan Rakyat pada Khamis ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.


Sementara itu tambahnya, kerajaan berharap melalui kerjasama strategik itu, pihak industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan.


"Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada 2023. Sebagai permulaan, KSM sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 Memorandum Kerjasama tersebut," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page